KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya. Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak. Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.
Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul. Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.
Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman sesawang berikut:
No comments:
Post a Comment