Google Translation

Berita Harian online (sihat): Punca suara serak, batuk lama

PENYAKIT berkaitan sistem gastro usus seperti pedih ulu hati atau masalah asid refluks (gastroesophageal reflux disease - GERD) dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman, sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada statistik permasalahan kesihatan di Asia.
Tanyalah sesiapa saja, pasti ada yang tahu peritnya kalau ditimpa masalah pedih ulu hati ini. Namun, masalah GERD bukan saja pada sistem gastro usus tetapi juga boleh menjejaskan suara anda. Ada pesakit yang datang dengan sejarah penyakit GERD mengadu mereka suara menjadi serak selain tekak terasa masam atau batuk yang berpanjangan.
Namun, ada juga pesakit yang datang dengan masalah sebegini, selepas dikenal pasti mempunyai masalah GERD.  

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman sesawang berikut:

No comments:

Post a Comment